Monday, 18 July 2011

Tasik Meromictic










Tasik jenis ni hanya ada  di 19 tempat di seluruh dunia,kat malaysia ni cma ada 1 saja kt Taman Negara Penang.Tasik ni mempunyai 2lapisan air yang tidak bercampur iaitu air laut dan air sungai..

Thursday, 14 July 2011

Pantai Kerachut

Aku tak pernah tau kat Penang ada Taman Negara sebelum ni.Tapi bila plan nak ke pantai kerachut barulah sedar rupa rupanya Taman Negara Pulau Pinang terletak tak jauh dari Batu Feringghi dan Teluk Bahang.Terdapat 8 pantai dikawasan ni
1. Teluk Bahang
2. Teluk Tukun
3. Tanjung Aling
4. Teluk Duyung (Monkey Beach)
5. Teluk Ketapang
6. Pantai Kerachut
7. Teluk Kampi
8. Pantai Mas
























tapi aku cuma pernah ke pantai kerachut je, yang lain lain masih belum sempat lagi kerana memakan masa yang agak lama untuk sampai ke pantai pantai lain.Untuk ke pantai Kerachut ,saya perlu berjalan kaki lebih kurang 1jam 20 minit di dalam hutan.Selain terdapat air laut dan pasir di pantai ini, terdapat juga tasik yang dikenali sebagai TASIK MEROMIKTIK. Pantai ini juga merupakan tempat pendaratan Penyu Agar dan Penyu Lipas, walaubagaimanapun saya tidak bertemu penyu - penyu tersebut atau beramah mesra dengan mereka kerana mungkin mereka sibuk pada hari tersebut.Permandangan di pantai ni lebih cantik berbanding Batu Feringghi kerana pasirnya yang lebih besar seperti gula yang tidak berperisa manis.Nak mandi di pantai ni pun best coz tak dak Obor-Obor di tepi laut,kat sini ada jugak bilik air dan surau,makanan tidak dijual di sini .so kena prepare makanan dan minuman yang secukupnya sebagai bekalan.Bagi yang tak larat berjalan, boleh tempah bot RM 40 utk 5 orang & RM 80 utk 10 orang...

Pasembor Gurney Drive











Gurney Drive.ada orang panggil Padang Kota Baru , ada orang panggil Persiaran Gurney...Ada 2 kawasan gerai makanan,satu untuk Non Muslim lagi satu utk Muslim.Biasanya gerai gerai tu dibuka dari petang sampai malam ,so jangan la dok gatai p pagi2 ka tengahari ka.Dalam banyak banyak gerai tu,ak target nak makan kat satu gerai je.Pasembor ataupun ada orang panggil Rojak,Rojak,Rojak.Ada macam macam kombinasi rojak  yang boleh dipilih seperti telur ,fishcake, fishball , sotong ketam and bla bla bla.Tapi kalau ada duit banyak and larat makan banyak boleh la try.So,aku & faiz cuma beli yang murah je,sebab duit pun tinggal sikit,jadi Rojak Biasa = RM5 menjadi pilihan,nasib baik pesan satu pinggan untuk dikongsi 2orang.Ingat kot Rojak tu sikit,rupa rupanya memang banyak , makan 2orang pun tak larat...K,nanti ada masa nanti cuba la try test.Bye bye